seismik

[VIDEO] Sayu Tengok Muka Dua Beradik Selepas Dapat KFC Daripada Wanita Cina Ini

Terharu tengok bila semakin ramai rakyat Malaysia suka tolong orang dalam kesusahan.

Cover image via @anthraxxxx (Twitter)

Sudah biasa kita lihat di Malaysia ini bahawa ramai kanak-kanak terbiar di jalanan yang mencari sedekah, malah mereka terpaksa tidur di merata tempat kerana tiada rumah

Gambar sekadar hiasan.

Image via Hot FM

Begitu juga dengan perkongsian video yang tular di Twitter, di mana kelihatan dua orang kanak-kanak ini duduk di hadapan premis syarikat makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC).

Video itu menjadi tular apabila seorang wanita berbangsa Cina telah memberikan sebungkus makanan segera tersebut kepada dua beradik itu.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Ketika artikel ini ditulis, ciapan itu telah meraih sehingga lebih 7,000 retweet dan 10,000 tanda suka di Twitter

Susulan tularnya video itu yang mendapat perhatian daripada netizen, mereka turut simpati terhadap dua beradik tersebut kerana keadaan mereka yang tak terurus dan nampak kelaparan macam dah lama tak makan.

Mungkin mereka dah lama teringin nak makan KFC tetapi tak cukup duit untuk membeli makanan itu sendiri. Jadi, mereka nampak betul-betul hargai pertolongan daripada wanita Cina itu sebaik sahaja dia menghulurkan makanan.

Kanak-kanak lelaki itu sempat buat isyarat tangan tanda 'good' kepada orang yang merakam video tersebut sebagai ucapan terima kasih atas bantuan kepada mereka dua beradik.

Netizen berterima kasih kepada wanita Cina itu kerana prihatin dengan keadaan orang sekeliling yang susah

Siapa je yang tidak tersentuh jika melihat video seperti ini. Secara automatik, ia dapat educate ramai orang supaya saling bantu-membantu tidak kira bangsa dan agama.

Antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: