seismik

Bagi 'Reward' RM200 Kepada Pelajar SPM 2020 Yang Dapat 7A, Wawa Zainal Jadi Tumpuan Ramai

Semoga dimurahkan rezeki selalu buat Wawa Zainal dan keluarga!

Cover image via @w4w4_zainal (instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 sudah pun dikeluarkan sejak semalam, 10 Jun 2021

Ramai yang berkongsi keputusan cemerlang mereka di dalam media sosial dan meraikan detik gembira itu bersama keluarga tersayang.

Walau bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan adalah apabila seorang artis tanah air dan juga usahawan kosmetik iaitu Wawa Zainal menawarkan reward kepada para pelajar SPM 2020 yang cemerlang.

Dia memuat naik status berkenaan di Instagram storynya dengan memaklumkan, "Congratulations my adik-adik, dapat result SPM tadi. Siapa dapat 7A, meh DM Kak Wawa result nak bagi reward..."

Lihat status penuh Instagram story Wawa Zainal di bawah:

Minimum result SPM 2020 dapat 7A, Wawa Zainal nak bagi RM200

Menurut Wawa Zainal lagi, para pelajar SPM 2020 yang mengikutinya di Instagram perlu kemukakan bukti terlebih dahulu yang mereka meraih 7A dalam peperiksaan tersebut.

"Minimum 7A ok! PM result adik-adik. Kena tunjuk result baru dapat ok. Ok Kak Wawa bagi RM200..," katanya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen di posting terbaru di Instagramnya mendapati rata-rata netizen teruja dengan tawaran yang dikemukan artis berkenaan

Malah ada para pelajar SPM 2020 yang mendakwa sudah menerima reward tersebut daripadanya dan ada juga masih menanti maklum balas daripadanya melalui DM di Instagram.

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di Instagram:

Haa.. tunggu apa lagi? Cepatlah pergi DM sana dan claim RM200 korang! Semoga dimurahkan rezeki selalu Wawa Zainal :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: