[VIDEO] "Ingat Apa Tadi" - Cara Pak Cik Ini Bantai Pakai Hijab Face Mask Tarik Perhatian
Alahai, sian pak cik tak tahu ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pemakaian pelitup muka adalah sangat penting dan diwajibkan dalam negara kita
Ianya bertujuan bagi mengurangkan risiko wabak jangkitan Covid-19 yang masih melanda negara.
Disebabkan itu, kita perlu memastikan untuk memakainya lebih-lebih lagi jika berada di luar dan tempat orang ramai.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila cara pemakain pelitup muka seorang pak cik telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Confident pakai cara begitu di tempat awam
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pak cik sedang berada di sebuah kedai untuk membayar sesuatu.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah cara pemakaian pelitup muka dimukanya. Difahamkan, itu adalah pelitup muka jenis hijab.
Oleh kerana mungkin tidak tahu cara memakainya, pak cik itu mengambil keputusan untuk menyarungkannya saja di mukanya itu.
"Pak cik jangan macam ni, saya fikir spender tadi" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 795.2K views, 52.7K likes dan 1,779 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!