[VIDEO] Insiden Letupan Di Stesen LRT Laluan Kelana Jaya, Ini Apa Yang Berlaku Sebenarnya

Kejadian berlaku di Stesen Taman Jaya menghala ke Putra Heights.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @sharilfariz (Threads) & FMT

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman sebuah tren Transit Aliran Ringan (LRT) terlibat dalam insiden letupan kecil

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Rapid KL, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 7.18 malam ketika tren bernombor 57 berada di Stesen Taman Jaya menghala Putra Heights.

"Sebagai langkah keselamatan, tren yang terlibat telah dikeluarkan serta-merta daripada perkhidmatan dan semua penumpang diturunkan dengan selamat di stesen berikutnya sebelum meneruskan perjalanan menggunakan tren lain.

"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut dan perkhidmatan di Laluan Kelana Jaya terus beroperasi seperti biasa.

"Pemeriksaan awal oleh pasukan teknikal mendapati tiada sebarang kerosakan pada tren mahupun komponennya. Pada masa sama, pemeriksaan ke atas landasan di antara Stesen Universiti dan Stesen Taman Jaya mendapati keadaan infrastruktur berada dalam keadaan baik dan selamat untuk operasi.

"Pemeriksaan terperinci turut diteruskan selepas tamat waktu operasi sebagai langkah pengesahan," menurut kenyataan itu.

View on Threads

Dawai halus jadi punca insiden berlaku

Menurut Rapid KL, terdapat seutas dawai halus yang bukan sebahagian daripada komponen tren mahupun landasan yang telah cair di lokasi kejadian.

"Dawai tersebut dipercayai telah tersangkut pada sistem bekalan kuasa, menyebabkan bunyi letupan kecil.

"Rapid KL memandang serius setiap insiden yang melibatkan aspek keselamatan dan akan terus menjalankan siasatan lanjut dan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang.

"Penumpang disarankan merujuk pada laman media sosial Rapid KL atau aplikasi perjalanan MyRapid PULSE untuk status terkini perkhidmatan Laluan Kelana Jaya," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik