seismik

[VIDEO] "Kalau Dah Jodoh" - Jarak Usia 21 Tahun Bukan Penghalang Buat Gadis Ini Berkahwin

Benarlah kata orang kalau dah jodoh tak akan ke mana.

Cover image via @mamaadha97 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Betul lah kata orang, jodoh tidak mengenal usia seseorang

Walaupun kita lihat ramai yang bertemu jodoh dengan sebaya atau usia yang dekat, namun masih ada yang memilih untuk bersama pasangan yang lebih matang.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini memaparkan seorang gadis akhirnya bertemu jodoh dengan lelaki yang beza usia 21 tahun dengannya menjadi tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@mamaadha97 alhamdulillah selesai semalam..tq pada emak,pakcik,adik² sepupu yang tolong siapkan aku semalam..sayang hangpa..pada encik suami..sayang abg lebih dari segalanya2.. #sayangsuamiku #barunikah #nikah #loveyou sonido original - Bollywood Songs

Dulu pernah jadi ayah angkat, sekarang suami isteri yang sah

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok dikenali sebagai Amira Hanim, berkongsi kisah percintaannya. 

Siapa sangka lelaki yang dahulunya dia anggap sebagai ayah angkat, kini menjadi suami yang sah kepadanya.

Difahamkan, wanita berusia 25 tahun ini menganggap lelaki berkenaan sebagai ayah angkat ketika bekerja di tempat yang sama sejak tahun lalu. 

Namun, dia mengakui bahawa perasaan cinta mula berputik terhadap duda berusia 46 tahun itu yang sama umur dengan bapa kandungnya.

Akhirnya, jodoh semakin kuat dan mereka selamat bernikah pada pertengahan Ogos lalu dengan dua kali lafaz.

@mamaadha97 dua kali gak lah lafaz..tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar ..tok kadi dari start nak mula majlis sampai kesudah dok buat lawak aku dok tahan gelak je.. #taipingbandarwarisan #taipingbandarwarisan #taiping bunyi asal - mirazaini_adha

"Benarlah kata orang kalau dah jodoh tak kan. Tak salahkan mencuba tup-tup jadi jodoh aku.

"Dulu sama tempat kerja sebab dia sama umur dengan ayah saya. Saya buat ayah angkat eh tersuka pula. suami dulu duda dah 9 tahun. Alang-alang dia single saya cucuk jarum lah.

"Dua kali jugak lah lafaz tapi alhamudillah semuanya berjalan lancar. Tok kadi dari nak start mula majlis sampai kesudah asyik buat lawak. Aku tahan gelak je," katanya.

Lihat video penuh sambungan di bawah:

@mamaadha97 benar lah kata orang..kalau dah jodoh kan..btw suami aku ni ex ayah angkat aku tau..tiber lak rasa sayang..tak salah kan mencuba, tup² dah jadi jodoh aku.. kalau dah jodoh tak kemana..i love u en.Zaini Ramli. #fyp #suamiyangsah #exayahangkat #takfyp #nikah #taipingbandarwarisan Bunga Rampai - Zaleha Hamid

"Selamat pengantin baru.. Tahniah, takda isu pun.. sorang dara.. sorang duda.. dia bukan ambil laki orang pun" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah dan memberikan respon yang positif buat pasangan itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 312.1K views dan 5385 likes di TikTok.

Berikut antara komen menarik netizen di Facebook:

Dalam pada itu, Amira Hanim dalam posting terbarunya yang dimuat naik di Facebook menjelaskan, dia tidak kisah orang ingin bercakap atau mengata tentang perkahwinannya dan suami.

Apa yang penting katanya, dia telah disatukan dengan akad nikah dan kedua-dua belah pihak keluarga sudah lama merestui hubungan mereka.

"Biarlah orang nak cakap apapun tentang perkahwinan aku ngan suami.. atleast aku dah diikat dengan akad nikah.. yang penting keluarga belah suami, belah aku dah lama restui..

"Bukan aku yang pergi viralkan.. netizen juga viralkan..benda dah FYP.. masuk channel.. masuk pula Harian Metro.. YouTube.. layan kan jelah yang mana komen bagus.. baguslah akhlak korang.. yang mana komen tak bagus.. macam itulah juga akhlak korang..

"Jodoh ajal itu semua Allah tentukan.. Aku bahagia dengan pilihan aku.. Restu keluarga pun aku dapat.. Itu paling penting.. Akhir kata ..yang komen macam ***** .. takpa aku ada saham akhirat.. Terima kasih bagi pahala,"
ujarnya.

Apa pun, tahniah admin ucapkan! Semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke anak cucu :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: