[VIDEO] Kanak-Kanak Perempuan Patah Jari Kaki, Tersepit Di Eskalator Pusat Beli-Belah
Difahamkan kemalangan itu melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular baru-baru ini, anggota Bomba dan Penyelamat berjaya mengeluarkan jari kaki kiri seorang kanak-kanak perempuan yang tersepit di eskalator di sebuah pusat beli-belah
Menerusi laporan Sinar Harian, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Shamsul Bahri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden terbabit pada jam 4.56 petang.
"Seramai lima anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Mangsa didapati mengalami kecederaan pada tiga jari kaki, di mana salah satunya telah patah.
"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan serta tindakan selanjutnya," ujarnya.
Menurutnya, proses mengeluarkan kaki mangsa dilakukan oleh pasukan bomba dan pihak pengurusan bangunan yang mengambil masa kira-kira 40 minit.
Penjaga perlu lebih berhati-hati jika anak-anak memakai kasut getah lembut semasa menggunakan eskalator
Menerusi Pesanan Khidmat Masyarakat daripada Public Health Malaysia ada mengingatkan kepada orang ramai terutamanya jika ada anak kecil.
Struktur kasut yang lembut dan mudah mencengkam boleh mengakibatkan ia mudah terperangkap di bahagian sisi eskalator dan menyebabkan kaki anak terperangkap masuk.
Cara yang terbaik untuk mencegah adalah dengan memastikan kaki anak berada di tengah eskalator, jauhkan kaki dari sisi eskalator dan pastikan anak melangkah setelah sampai di eskalator.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!