[VIDEO] Gamat Studio Bila Zaidi Main 'Language Challenge' Dengan Alvin Chong & Lala Vinzon
Rupa-rupanya banyak perkataan Tagalog yang sama dengan Bahasa Melayu.
Sebut saja Alvin Chong, pastinya ramai gadis yang akan tidak keruan dek ketampanannya
Alvin Chong yang kini namanya semakin naik menerusi drama Awak Suka Saya Tak? gandingannya bersama aktres cantik Emma Maembong, baru saja mengeluarkan single terbarunya yang bertajuk We Got This.
We Got This adalah lagu Inggeris pertama yang dinyanyikan Alvin semenjak bergelar selebriti. Menariknya, lagu ini adalah kolaborasi Alvin dan penyanyi dari Filipina iaitu Isabella Vinzon atau lebih dikenali sebagai Lala Vinzon.
Dan baru-baru ni, Zaidi berpeluang untuk bertemu dan menemu-ramah kedua-dua artis ini dalam talk show-nya "Zaidi Borak Apo?"
Dan yang paling best sewaktu talk show ni adalah bila diorang ni semua bermain language challenge. Rupa-rupanya banyak perkataan tagalog yang sama dengan Bahasa Melayu tau!