[VIDEO] Lelaki Kongsi Rezeki Pada Pak Cik Jual Kerepek Masa Hari Bapa Ini Buat Ramai Sebak
Rezeki pak cik tu.
Dapat kita lihat kini ramai yang membuat konten membantu orang kurang berkemampuan dalam media sosial
Mereka mencari orang yang kurang berkemampuan dan memberi duit kepada mereka untuk meringankan beban. Tambahan pula, memberi hadiah seperti motosikal atau barang-barang harian.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki membuat konten untuk hari bapa telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bagi duit RM 150 kepada pak cik jual kerepek untuk hari hari bapa
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ceo100__ di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang merakam dirinya sendiri membeli kerepek-kerepek di sebuah kawasan khemah berwarna biru.
Dalam video itu, dia dilihat bertanya tentang berapa harga untuk satu bekas kerepek pada pak cik tersebut. Dia juga dipaparkan menemu bual pak cik itu dengan menanyakan berapa lama dia meniaga di tapak kemah berkenaan.
Pak cik itu dilihat membalasnya dengan mengatakan dia telah menjual kerepek selama dua tahun dan semua kerepeknya adalah dibuat dan digoreng sendiri.
Selepas sesi temu bual tersebut, lelaki itu dilihat ingin membelinya dengan harga RM12 dan kemudian menunjukkan sejumlah wang RM150 untuk diberikan kepada pak cik berkenaan. Hal itu menyebabkan pak cik itu pelik dan tersenyum kerana tidak percaya dengan pemberian duit itu.
Katanya, dia ingin memberikan wang itu bersempena hari bapa dan ingin membuat seorang sosok ayah bahagia dan tersenyum selepas kematian ayah sejak dari kecil. Di akhir video berkenaan, mereka berdua dilihat berpelukan antara satu sama lain.
"Nasib kita sama. Setiap tahun tak pernah sambut fathers day, bukan rezeki kita kan abang. Moga abang bagi lagi senyuman pada semua ayah-ayah diluar sana amin" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 121.9K views, 12.6K likes dan 422 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak melihat konten lelaki ini dan juga mendoakan kesejahteraan pak cik itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!