Nampak Macam Kena Cirit, Seluar Dalam Terkena Jem Kaya Masa Piknik Ini Bikin Dekah
Kenapa sampai kena macam tu?
Sudah semestinya orang yang sudah bekerja ataupun pelajar memilih untuk meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga ketika cuti
Ini untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk persefahaman antara anggota keluarga. Tambahan pula, kita boleh untuk rehat daripada kesibukan urusan kehidupan seharian.
Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu berkongsi pengalamannya ketika berkelah bersama keluarga telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Seluar dalam adik terkena jem kaya
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aina.sofieaaaa di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang menyelongkar dan memeriksa barang-barang yang dibawanya untuk berkelah bersama keluarga di kawasan air terjun.
Namun, apa yang mencuit hati adalah apabila dia melihat bekas jem kaya dalam beg galasnya tertumpah menyebabkan seluar dalamnya terkena jem tersebut. Dalam video itu, dapat dilihat pakaiannya juga terkena. Hal itu menyebabkan dia tidak dapat menahan ketawa kerana ia seakan-akan seperti terkena cirit-birit.
"Jangan buang merata bang nanti orang takut nak pegang sebab nampak macam cirit haha" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 631.3K views, 39.2K likes dan 1,643 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat seluar dalam yang terkena jem itu dan memberi komen mencuit hati mengenainya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!