seismik

[VIDEO] Akak APM Tangkap 6 Ekor Ular Terperangkap Dalam Aircond Rumah Ini Buat Ramai Risau

Persoalannya, macam mana boleh masuk?

Cover image via @apmlangkawi (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Musim panas yang semakin membahang menjadi punca mengapa banyak haiwan telah keluar daripada habitat asal mereka

Ini kerana mereka ingin mencari tempat sejuk untuk berteduh. Antara haiwan yang memilih tempat begini adalah ular. 

Dapat kita lihat kini banyak kes ular masuk ke rumah dan terperangkap di dalam pelbagai tempat seperti dapur, singki, tandas dan sebagainya. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) menangkap ular telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Berjaya tangkap enam ekor ular terperangkap dalam aircond rumah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @apmlangkawi di TikTok, kelihatan sebuah tangkapan oleh anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) telah dibuat di dalam sebuah rumah. 

Apa yang mengejutkan adalah penemuan enam ekor ular sawa burung di dalam penghawa dingin rumah tersebut. Dalam video itu, dapat dilihat seorang anggota pertahanan awam sedang cuba untuk mengeluarkan ular berkenaan. 

Usaha itu dilihat telah berjaya apabila anggota tersebut yang dikenali sebagai Soley itu memegang keenam-enam ekor ular tersebut dengan bersahaja dan menunjukkannya ke arah kamera sambil tersenyum.

"Lepas ni kita semua tak payah pakai semua tu, aircond tak, singki tak, kereta tak, toilet pun tak haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 466.9K views, 15.4K likes dan 1,056 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dengan penemuan tersebut dan menimbulkan banyak persoalan bagaimana ular tersebut berjaya masuk. 

Ada juga yang memuji dengan keberanian dan ketangkasan anggota pertahanan awam berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Berani gila akak ni pegang macam tu je ular, mantap! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: