seismik

[VIDEO] Lelaki Rakam OOTD Pakai Baju Melayu Hitam Tapi Sebenarnya Lain Pula Yang Jadi

Macam nak pergi mahkamah ya.

Cover image via @irsyadtarudin (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Peraturan jalan raya haruslah dipatuhi bagi mengelakkan perkara buruk daripada berlaku

Tambahan pula, apabila membuat kesalahan trafik, kita akan dikenakan tindakan iaitu boleh disaman, menyebabkan banyak jumlah yang diperlukan semata-mata untuk membayarnya. 

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki membayar saman telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

@irsyadtarudin kadang-kadang perpisahan adalah jalan terbaik patuhi peraturan jalan raya ye adik-adik ootd bayar saman #fyp #malaysia #single Bohongi Hati - Mahalini

Lengkap berbusana pakai baju Melayu hitam ketika nak bayar saman

Menerusi video yang dimuat naik oleh @irsyadtarudin di TikTok, kelihatan seorang lelaki berbaju Melayu hitam sedang merakamnya diri sendiri di dalam kereta. 

Dalam video itu dilihat dia memakai kaca mata hitam dan songkok sambil menunjukkan muka yang pasrah dan beremosi seakan-akan seperti hendak ke mahkamah. Dia juga menunjukkan dua keping kertas bertulis. 

Nmaun, apa yang mencuit hati adalah dia sebenarnya ke ibu pejabat polis bantuan universiti awam untuk membayar saman.

"Nak gi bayar saman macam nak pergi mahkamah nak cerai ja bang haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 320.3K views, 37.6K likes dan 593 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lelaki berkenaan dan memberi komen mencuit hati mengenainya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dia punya outift tu macam nak pergi bercerai ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: