seismik

Reaksi Pekerja Tengok 'Pontianak' Beli Makanan Dekat Drive Thru Ini Undang Tawa Ramai

Terkejut akak itu tengok 'pontianak'.

Cover image via @pontiklebang (TikTok)

Kalau terjumpa hantu, pasti kita akan rasa sangat takut dan menggigil satu badan bukan?

Ditambah pula boleh pengsan sebab terkejut tiba-tiba sahaja terjumpa. Muncul dengan muka yang hodoh dan menakutkan, sudah semestinya ramai yang lari tanpa tengok belakang. 

Namun begitu, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video menunjukkan 'pontianak' membeli makanan telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Akak McD terperanjat ‘pontianak’ beli makanan di drive-thru

Menerusi video yang dimuat naik oleh @pontiklebang di TikTok, kelihatan seekor 'pontianak' sedang dirakam menunggu untuk ambil makanan dalam sebuah kenderaan di bahagian drive-thru McDonald. 

Perkara itu membuatkan seorang pekerja menjerit akibat terkejut dengan penampilan 'pontianak' tersebut. Hal berkenaan juga menyebabkan pekerja-pekerja di bahagian itu tidak dapat menahan ketawa dan menangkap gambar apabila melihat hantu berambut panjang berkenaan. 

Difahamkan, 'pontianak' tersebut merupakan seorang lelaki yang ingin membeli makanan untuk anaknya yang craving untuk makan McD. 

Di akhir video berkenaan juga dilihat pekerja wanita yang menjerit tadi mengangkat peace dan tersenyum sambil melihat ke arah kamera. 

"Manager nak marah pun tak boleh. Siapa je tak terkejut, kak ponti pun selera fast food dah sekarang" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.7M views, 45.7K likes dan 1,163 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat 'pontianak' itu dan memberi komen yang mencuit hati mengenainya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terkejut sampai menjerit akak tu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: