[VIDEO] Tindakan Berani Mak Jemur Kain Atas Motosikal Ducati Ini Buat Netizen Terhibur
Bukan biasa-biasa.
Umum mengetahui, kebiasaannya kita akan menjemur pakaian di ampaian bukan?
Terutamanya menggantungnya di bawah sinaran matahari langsung. Ini kerana ia dapat menjimatkan masa untuk betul-betul kering dan mengelakkan pakaian berbau masam dan hapak.
Namun, lain pula yang jadi baru-baru ini apabila dalam sebuah video menunjukkan cara seorang wanita menjemur kain telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba jemur kain atas motosikal Ducati
Menerusi video yang dimuat naik oleh @emiemilia91 di TikTok, kelihatan seorang mak cik memakai telekung sedang menjemur kain di dalam rumah.
Apa yang menarik perhatian adalah dia dilihat menjemur kain batik dan juga kain telekung di atas motosikal Ducati berwarna merah itu.
"Mak cakap daripada tersadai sepi je, helok juga mak sidai kain, meriah sikit nampak haha" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 890.6K views, 46.1K likes dan 1,989 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan mak cik tersebut dan memberi komen yang mencuit hati mengenainya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!