seismik

[VIDEO] Peniaga Burger Borak Dalam Kantonis Dengan Pelanggan Cina Ini Curi Tumpuan Ramai

Bijak marketing dia.

Cover image via @pakwerangers405 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai seorang peniaga, sudah pasti mereka memerlukan marketing bukan?

Ini kerana untuk mempromosikan perniagaan mereka supaya lebih dikenali ramai dan menarik lebih banyak pelanggan. 

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan cara marketing seorang peniaga telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

Terang sesuatu dalam dialek Kantonis kepada pelanggan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @pakwerangers405 di TikTok, kelihatan seorang peniaga lelaki sedang gigih dalam menerangkan perniagaan burgernya kepada seorang pelanggan di sebuah kawasan berhampiran kedai lot.

Apa yang menarik perhatian adalah lelaki tersebut dilihat bercakap dalam dialek Kantonis persis seperti dalam filem Hong Kong. Dalam video itu juga dia berkomunikasi dengan penuh semangat sehingga menepuk tangannya ketika 'mempromosi' kedai burgernya.

"Sebagai Cina Malaysia, saya tak faham bahasa dia tapi slang memang cun betul haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 901.7K views, 65.2K likes dan 2,474 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan lelaki tersebut dan memberi komen yang mencuit hati mengenainya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronok dengar abang ni cakap :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: