seismik

Tiga Makcik Melatah Sebab Terlanggar Bonggol Masa Naik Grab Ini Buat Warganet Terhibur

Kelakar betul mak cik ni.

Cover image via @drebargrab (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya kalau kita penat bekerja pasti kita akan naik Grab untuk pulang ke rumah bukan?

Ini kerana ia dapat menjimatkan masa sekaligus memberi peluang untuk kita berehat selepas berjalan seharian. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan keletah tiga mak cik ketika naik kereta Grab telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Rakaman POV tiga mak cik melatah dalam Grab

Menerusi video yang dimuat naik oleh @drebargrab di TikTok, kelihatan seorang pemandu lelaki bertopi sedang menunggu untuk mengambil penumpang yang ingin ke Pinggiran Senawang dalam rakaman dashcam

Dalam video itu, dapat dilihat tiga mak cik memakai mask itu telah masuk ke dalam kereta tersebut dan berborak sesama mereka. Namun, apa yang mencuit hati adalah tiga mak cik tersebut dipaparkan melatah sambil menepuk tangan akibat terlanggar bonggol. 

Ini menyebabkan pemandu berkenaan tidak dapat menahan ketawa sambil memandu kereta itu. Paling menghiburkan adalah seorang mak cik dilihat menyatakan "maaf, iklan" kepada lelaki tersebut.

Ia tidak terhenti di situ apabila kereta berkenaan terlanggar bonggol sekali lagi namun dilihat mak cik-mak cik tersebut tidak melatah kerana hentakan kurang kuat. 

"Lepas mak cik-mak cik tu melatah berjemaah ada silent moment kejap, confirm merah muka punya nak tahan gelak haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 219.9K views, 14.7K likes dan 549 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat tiga mak cik itu melatah dan memberi komen mencuit hati mengenainya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel betul tengok mak cik tu melatah :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: