seismik

Menelusuri Kisah Perjalanan Kehidupan & Konflik Yang Dialami Dalam Filem Buya Hamka

Kisah yang amat menyentuh hati.

Cover image via Buya Hamka via TGV Cinemas

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

"Jika diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kafan" - Buya Hamka

Itulah bait-bait nukilan daripada Buya Hamka atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah merupakan salah seorang sasterawan, pendakwah dan ulama terkenal di Indonesia. Sumbangannya yang tidak terhingga banyaknya menjadikan ramai yang ingin membuat kisah hidupnya.

Filem Buya Hamka 2023 merupakan karya biografi, hasil garapan Fajar Bustomi yang terkenal dengan pelbagai movie box office di Indonesia.

Mengangkat perjuangan, pengorbanan dan konflik sebagai jalan cerita menjadikan filem biografi, Buya Hamka menjadi naskhah yang paling dinanti-nantikan. Kos pembuatan karya tersebut juga menjadi filem biopik termahal yang pernah diterbitkan di Falcon Pictures, mengalahkan filem Bumi Manusia.

Filem Buya Hamka terbahagi kepada tiga volume yang berdurasi selama tujuh jam dan menyingkap kehidupan sosok Buya Hamka dari kecil sehingga menjadi tokoh penting dalam sejarah Indonesia.

Menceritakan perjalanan kisah sebelum beliau menjadi tokoh yang dikenali ramai, Hamka telah melalui beberapa perubahan, bermula daripada zaman kanak-kanak, remaja, sehinggalah mendirikan rumahtangga

Filem Buya Hamka menceritakan penjajahan Belanda, melalui pendudukan tentera Jepun dan ke era selepas merdeka.

Pada volume pertama, ia menyentuh pada tempoh ketika Hamka menjadi ketua pusat Muhammadiyah dan berhasil memajukan organisasi tersebut.

Setelah kejayaan berkenaan, Buya Hamka diangkat menjadi pemimpin majalah Pedoman Masyarakat sehingga menyebabkan beliau dan keluarganya terpaksa berpindah.

Namun konflik kehidupan Buya Hamka tidak terhenti di situ apabila ujian hidupnya ditimpa bertubi-tubi akibat penjajahan Jepun sehingga menyebabkan beliau terpaksa berundur sebagai pemimpin organisasi Muhammadiyah.

Jalan cerita dikembangkan lagi dengan proses Hamka menulis novel-novel dan tafsir yang berjaya menambat hati rakyat Indonesia, menjadikannya antara karya teragung beliau.

Naskhah biografi ini juga menfokuskan bagaimana kisah cinta antara Hamka bersama isterinya iaitu Siti Raham yang sabar menghadapi segala tohmahan, ujian dan dugaan serta turut berjuang bersama-samanya untuk menyebarkan agama Islam di seluruh Indonesia.

Kisah yang sangat indah dan amat menyentuh hati

Dapat dilihat filem Buya Hamka Vol.1 menceritakan tentang perjuangan, keringat dan susah payah yang dialami oleh Hamka untuk menyebarkan agama Islam dalam bidang penulisan.

Berlatarkan zaman 1930-an memberikan kesan sinematografi yang memberi kesan emosi kepada penonton untuk memahami sendiri kesusahan sesuatu pengorbanan.

Lakonan mantap oleh Vino G. Bastian dan Laudya Cynthia Bella dan chemistry yang dibina juga menjadikan kisah Hamka bersama isterinya lebih menyentuh hati dengan kata-kata puitis yang boleh bikin hati menginginkan kisah cinta ikhlas dan indah.

Terdapat juga scene-scene yang dipotong menyebabkan sedikit berlaku kecacatan pada plot karya tersebut kerana ia meninggalkan tanda tanya kepada penonton. Namun begitu, ia tidak mempengaruhi keseluruhan cerita kerana intipatinya masih ada.

Bagi anda yang nak tengok filem ini, tunggu apa lagi? Jom ke pawagam TGV Cinemas berdekatan!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: