seismik

"Ingatkan Entiti" - Dapat Notifikasi Dashcam Orang Mencurigakan Tapi Rupa-Rupanya

Eh kucing tu orang ke?

Cover image via @geby_283 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penggunaan dashcam kini makin meningkat dalam kalangan ramai

Ini kerana dashcam adalah amat penting dan sangat berguna bagi tujuan keselamatan dan ia juga boleh dijadikan sebagai bahan bukti jika sekiranya berlaku kemalangan. 

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan rakaman dashcam di dalam kereta meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@geby_283 Suspicious ‘person’ detected! #seram original sound - Gebs

Dapat notifikasi orang mencurigakan tapi sebenarnya kucing

Menerusi video yang dimuat naik oleh @geby_283 di TikTok, kelihatan seorang individu berkongsi sebuah rakaman dashcam di dalam kereta di rumahnya. 

Dalam video itu dapat dilihat dia telah mendapat notification berkenaan orang yang mencurigakan telah dikesan oleh dashcam nya pada waktu tengah malam. Ia membuatkan dia amat takut untuk memeriksa namun kerana memikirkan keretanya, dia telah bertindak melihatnya juga. 

Apa yang mencuit hati adalah, orang yang mencurigakan tersebut merupakan seekor kucing miliknya yang sedang merenung ke arah kamera dashcam berkenaan. 

"Dengar cerita makhluk ni ada ilmu ajaib. Sekali miau je, tau-tau dia jadi penghuni rumah haha" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 717.6K views, 175.2K likes dan 2,376 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan penampakan kucing tersebut dan memberi komen yang mencuit hati mengenainya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kejutan yang tak disangka betul ya, tiba-tiba ada kucing :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: