seismik

Gelagat Pemuda Pergi Depan Pin Untuk Golek Bola Ketika Main Boling Ini Buat Ramai Terhibur

Bersemangat sangat dia main sampai maju ke depan ya.

Cover image via @merayakanluka05 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau kita stres, sudah semestinya kita akan mencari aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan

Ini untuk melupakan segala masalah di benak kepala yang melanda disebabkan kerja mahupun disebabkan tekanan dengan orang sekeliling.

Ada juga yang ramai mengambil keputusan untuk bermain sukan seperti badminton, bola sepak dan juga boling untuk meluangkan masa bersama keluarga atau kawan-kawan.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki bermain boling telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Maju ke depan lorong boling untuk buat strike tapi gagal

Menerusi video yang dimuat naik oleh @merayakanluka05 di TikTok, kelihatan seorang lelaki berbaju Melayu dan memakai kain pelikat sedang dirakam bermain boling ten-pin di sebuah pusat bowling

Apa yang mencuit hati adalah lelaki berkenaan dilihat pergi ke arah pin-pin di lorong boling tersebut semata-mata untuk menggolekkan bola namun dia tidak berjaya. Dia dipaparkan hanya berjaya menjatuhkan lapan pin sahaja. 

Hal itu membuatkan dia tidak dapat menahan ketawa sambil melihat ke arah kamera.

"Dah depan mata pun tak strike bang haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 158.2K views, 7,755 likes dan 229 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan lelaki tersebut dan juga mempersoalkan cubaannya yang gagal. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak apa bang, ada lagi peluang hari lain. Jangan risau! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: