seismik

[VIDEO] Cara Pak Cik Buat Nasi Minyak Gulai Batang Pisang Ini Buat Ramai Terpegun

Nampak sedap betul!

Cover image via @encikceopadu (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau majlis perkahwinan sudah semestinya banyak makanan yang disediakan untuk dijamu kepada tetamu

Menghidangkan pelbagai jenis makanan dan minuman kepada tetamu. Ada yang ditempah dengan katering dan ada juga memilih untuk memasaknya sendiri. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan sekumpulan pak cik memasak nasi kenduri telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian di bawah: 

@encikceopadu Basuh beras camtu ka? Nasi minyak gulai batang pisang #encikceopadu #ceopadu original sound - Hazizi Padzil

Masak nasi minyak gulai batang pisang untuk lauk kenduri

Menerusi video yang dimuat naik oleh @encikceopadu di TikTok, kelihatan sekumpulan pak cik sedang bekerjasama untuk memasak nasi minyak gulai batang pisang di sebuah kawasan rumah untuk majlis kenduri.

Dalam video itu dapat diihat dua pak cik berkopiah hitam tekun membasuh beras di dalam guni beras. Ada juga pak cik lain yang sedang menumis bahan-bahan masakan untuk membuat nasi minyak berkenaan.

Di akhir video berkenaan, dipaparkan mereka memasukkan beras yang dibasuh sebentar tadi di dalam kawah yang mengandungi gulai dan gaul sehingga rata. Kemudian, mereka meletakkan daun pisang di atas kawah tersebut dan menutupnya.

"Makanan rewang ni la sedap, campur-campur air tangan orang-orang lama" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.1M views, 46.4K likes dan 518 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja melihat proses membuat nasi minyak tersebut. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tiba-tiba admin craving nasi minyak pula, nampak sedap betul! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: