seismik

Lelaki Mengamuk Baling Nasi & Air Dekat Budak Di Kedai Nasi Dagang Ini Buat Ramai Risau

Bahaya sangat ni!

Cover image via @darlisnasidagangganu (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dapat kita lihat sekarang terdapat banyak kerenah manusia yang pelik-pelik

Ini menyebabkan banyak kes-kes yang tidak pernah berlaku sebelum ini berlaku dan secara tidak langsung menyusahkan ramai pihak. Malahan, ia memberikan kesan yang negatif kepada individu, masyarakat dan negara.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki mengamuk di sebuah kedai nasi dagang telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video perkongsian itu di bawah:

Baling bungkusan nasi dagang dan air panas dekat budak 4 tahun

Menerusi video yang dimuat naik oleh @darlisnasidagangganu di TikTok, kelihatan seorang lelaki berbaju kuning dan memakai beg hitam dirakam mengamuk di sebuah kedai nasi dagang di Putra Heights, Selangor.

Dia dilihat bertindak melempar bungkusan nasi dan air panas sehingga terkena muka kanak-kanak berumur empat tahun di restoran tersebut menyebabkan budak berkenaan menangis.

Tindakan tersebut telah berjaya dirakam oleh televisyen litar bertutup (CCTV) di kedai makan tersebut.

Dalam video itu, lelaki berkenaan dilihat amat marah dan menjerit dengan kuat serta menendang beberapa buah meja sebelum berlalu pergi dari kedai tersebut. Namun, insiden itu tidak berhenti di situ apabila dia patah balik ke kedai itu dan membaling kerusi menyebabkan peniaga di situ lari kerana ketakutan.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku akibat perasaan tidak puas hati suspek apabila pekerja restoran tersebut enggan memanggilnya dengan gelaran manja iaitu 'abang' atau 'baby' menyebabkan suspek bertindak sedemikian.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 4.3M views, 145.4K likes dan 9,302 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib budak lelaki berkenaan dan bertanya keadaannya. Ada juga yang berasa geram dengan tindakan bahaya lelaki itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok

Harap lelaki itu berjaya ditangkap dan dihukum setimpalnya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: