seismik

[VIDEO] Remaja Perempuan Ini Sampai Menangis Gara-Gara Ada Katak Dalam Kasut

Boleh trauma ni.

Cover image via @jayyejayy (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui, SPM merupakan peperiksaan utama bagi setiap pelajar sekolah menengah di Malaysia

Jadi, sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk mengambil keputusan dan berjumpa kembali dengan kawan-kawan yang terpisah lama. 

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan gelagat sekumpulan pelajar perempuan mengambil keputusan SPM telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@jayyejayy sedikit sebanyak kisah pagi tadi #spm2022 original sound - anggun

Nangis sebab jumpa katak dalam kasut

Menerusi video yang dimuat naik oleh @jayyejayy di TikTok, kelihatan seorang wanita sedang berusaha mengeluarkan sesuatu dari dalam kasutnya ketika ingin mengambil keputusan peperiksaan SPM. 

Dalam video itu dilihat dia berfikir panjang dan termenung serta memicit bahagian depan kasutnya. Kemudian, dia juga membuka kasut dan meneliti apa yang ada di dalamnya. 

Ternyata, terdapat seekor katak di dalam kasutnya menyebabkan dia dan kawan-kawannya menjerit ketakutan dan memanggil salah seorang kawannya untuk membantu menghalau katak berkenaan. 

Di akhir video berkenaan, katak tersebut telah keluar daripada kasut itu dan duduk atas longkang. Perkara berkenaan menyebabkan keadaan di situ menjadi amat kecoh dan dia juga dilihat menangis kerana takut dan terkejut.  

"Exactly benda sama jadi 2 hari lepas, weh smpai sekarang trauma rasa ada katak dlm kasut" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 478.2K views, 65.2K likes dan 894 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati dengannya dan ada juga yang boleh relate dengan apa yang menimpa wanita itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam mana katak tu boleh masuk ya? Tapi apa-apa pun harap adik tu okay lah :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: