seismik

Lelaki Kongsi Video Muka Pekerja Mamak Persis Freddie Mercury Ini Buat Ramai Teruja

Confirm sedap semua makanan kedai mamak ni.

Cover image via @zaczharfan (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui, terdapat tujuh orang yang mempunyai wajah yang sama atau hampir sama di dunia

Oleh itu, ramai yang kita lihat mempunyai muka mirip dengan selebriti tempatan mahupun antarabangsa di kawasan-kawasan terdekat. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu berkongsi pekerja mamak mirip vokalis kumpulan Queen, Freddie Mercury telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

Jumpa pekerja mamak mirip wajah Freddie Mercury

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zaczharfan di TikTok, kelihatan seorang individu sedang merakam pekerja di sebuah kedai mamak yang mempunyai wajah seiras seperti vokalis kumpulan Queen iaitu Freddie Mercury. 

Dia dilihat merakam pekerja tersebut yang sedang sibuk menyediakan dan memasak makanan yang dipesan oleh pelanggan di kedai berkenaan. 

"Sejak bila pula Freddy Mercury kerja kat kedai mamak ni?? Adik dia kot?" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1M views, 87.6K likes dan 2,453 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan kemiripan pekerja tersebut dengan penyanyi kumpulan rock terkemuka dunia dan memberi komen yang mencuit hati mengenainya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tapi memang nampak sama lah, apa-apa pun selamat bekerja bang! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: