seismik

Balas Komen Netizen Tentang Nasib Budak Intern Tapi Gaya Makan Durian Pula Curi Tumpuan

Sedap betul nampak durian tu!

Cover image via @adameji7 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum ketahui, musim durian kini sudah bermula di Malaysia

Ini menjadikan penggemar durian di negara ini dapat menikmati 'raja buah' berkenaan tanpa batas. Buah tersebut juga enak dimakan menggunakan tangan, barulah enjoy!

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki makan durian meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

Makan durian dalam pinggan dengan sudu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @adameji7 di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang merakam dirinya menikmati durian dalam pinggan di dapur rumahnya. 

Apa yang mencuit hati adalah dia dilihat menjamah durian tersebut dengan menggunakan sudu sambil menunjukkan passportnya ke arah kamera. 

Difahamkan, dia membalas komen netizen berkenaan salah satu contentnya tentang nasib budak intern di Malaysia. Namun, seorang individu telah bertindak memberi komen dan menyatakan "fluent giler BM dia, mantap laa." 

Ini menyebabkan dia membalasnya kembali dengan video yang menunjukkan dia makan durian dengan memegang passportnya menunjukkan bahawa dia merupakan rakyat Malaysia.

"Tunjuk makan durian terus. Tu kalau tak percaya lagi tak tahu la haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 690.6K views, 26.5K likes dan 618 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan tindakan dia membalas komen tersebut dan ada juga yang mempertikaikan caranya makan yang dinilai berlainan daripada yang lain. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Okay lah tu, satu tangan pegang passport satu tangan lagi pegang sudu makan durian :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: