seismik

Cikgu Kongsi Guna 'Kanta Pembesar' Tanda Kerja Sekolah Anak Murid Ini Undang Tawa Ramai

Kecil sangat tulisan tu dik.

Cover image via

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Terdapat pelbagai kerenah anak murid yang perlu dilalui oleh para guru di sekolah

Terutamanya ketika memeriksa kertas peperiksaan atau kerja sekolah yang diberikan. Antaranya adalah jawapan yang diberi tidak boleh diterima dek akal, tulisan seperti cacing dan sebagainya. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang guru yang memeriksa buku salah seorang muridnya telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

Kena guna kanta pembesar untuk tengok tulisan anak murid

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ezahjoe di TikTok, kelihatan seorang guru wanita sedang menunjukkan kerja sekolah dalam buku salah seorang anak muridnya.

Apa yang mencuit hati adalah dia terpaksa menggunakan kanta pembesar ketika menandanya semata-mata untuk melihat tulisan jawapan yang ada dalam buku tersebut.

Guru itu juga dilihat memberi komen "tulisan terlalu kecil, tolong besarkan" di bawah muka surat berkenaan. Dalam video itu juga dipaparkan dia terpaksa exercise matanya kerana berusaha keras untuk memahami jawapan yang diberikan. 

"Ada dulu kawan sekelas macam ni, last-last cikgu kata kalau tak perbaiki tulisan tu markah 0 terus haa tu dia haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 431.2K views, 30.3K likes dan 1,905 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat guru tersebut dan ada yang berkongsi tentang anak-anak masing masing yang juga melakukan benda yang sama. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Takpe lah dik, lain kali besar kan tulisan tau kesian cikgu nak tengok :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: