seismik

“Sejuk Hati” - Anak Cium Pipi Masa Mak Bebel Suruh Pakai Kasut Ini Buat Ramai Boleh Relate

Pandai ambil hati ya dik.

Cover image via @nynabukater (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui, kanak-kanak selalunya tidak mendengar kata orang dewasa terutamanya ibu bapa mereka

Ini kerana mereka masih kecil dan dalam umur yang masih membesar. Jadi semestinya golongan berkenaan banyak kerenahnya. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang budak lelaki mencium ibunya telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

Cium mak selepas kena bebel pakai kasut

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nynabukater di TikTok, kelihatan seorang wanita sedang merakam dirinya membebel anaknya untuk memakai kasut di sebuah restoran makanan segera. 

Apa yang mencuit hati adalah tindakan anak lelakinya yang dikenali sebagai Yusuf, mencium pipinya sambil melihat ke arah kamera sejurus selepas dibebel. Namun, dia tidak mengalah dan terus menyuruh anaknya untuk memakai kasut ketika berjalan. 

Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut juga tidak berputus asa apabila dilihat terus mencium ibunya banyak kali di bahagian pipi dan dahi sehingga menyebabkan ibunya mengalah dan memeluknya. 

"Kena ciuman anak kecil, sejuk hati kita nak marah haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 907.8K views, 97.7K likes dan 876 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat anaknya yang begitu comel memujuknya. Ada juga yang boleh relate dengan tindakan tersebut dan berkongsi pengalaman mereka dengan anak masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai comel betul, dah lah pandai sangat dia pujuk hati mak tu :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: