seismik

[VIDEO] Mak Cik Kena Urut Sebab Sakit Bahu, Tapi Reaksinya Pula Mencuit Hati

Kesakitan dalam kelegaan.

Cover image via @acuhealing (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah pasti kalau penat, kita akan memerlukan terapi untuk memberikan ketenangan seperti mengurut

Urutan merupakan satu rawatan tradisional yang dapat membantu melegakan kesakitan sekaligus merehatkan tubuh yang penat. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan reaksi seorang wanita sedang diurut telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

Kuat melatah masa mengurut di bahagian bahu dan kepala

Menerusi video yang dimuat naik oleh @acuhealing di TikTok, kelihatan seoraang mak cik bertudung sarung hitam sedang diurut oleh seorang lelaki di sebuah pusat terapi.

Difahamkan, urutan tersebut bertujuan untuk merawat bahu mak cik tersebut yang sudah sakit dan tegang selama bertahun-tahun.

Apa yang menarik perhatian adalah reaksi mak cik tersebut yang dilihat kuat melatah dan menahan kesakitan selepas diurut di bahagian bahu dan kepala. Dia juga menggeleng kepalanya banyak kali dan sempat berseloroh ketika disuruh untuk memusing kepala ke bahagian kiri dan kanan.  

Dalam video itu, dapat dilihat dia turut menari secara spontan sebagai respon selepas tangannya diangkat untuk diurut. Bukan itu sahaja, mak cik berkenaan dipapar memberikan tabik hormat dan menyanyikan lagu Lemak Manis ketika disuruh memusingkan tangannya. 

"Jenuh nak mengurut org latah! Arwah nenek aku dulu tukang urut. Dapat customer melatah, dia pun melatah! Sampai ke sudah tak jadi apa-apa haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 871.4K views, 28.4K likes dan 1,532 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan mak cik tersebut dan memberi komen mencuit hati mengenainya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mak cik ni memang kelakar, terhibur tengok! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: