seismik

[VIDEO] Kakak Nyanyi Lagu 'Aci Aci Buka Pintu' Tapi Gelagat Adiknya Pula Curi Tumpuan

Kelakar lah adik ni menari.

Cover image via @amiradrummer (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menyanyi merupakan satu aktiviti yang dapat mengurangkan stres

Ia juga dapat menggembirakan hati dan juga membantu untuk menzahirkan perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. 

Namun begitu, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang wanita menyanyi lagu di rumahnya telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@amiradrummer Ishhh adik nasrul menyempat ja diaa @smokeyrocketstudios original sound - Nur Amira Syahira

Selamba menari lagu aci aci buka pintu masa akak menyanyi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @amiradrummer di TikTok, kelihatan seorang wanita sedang menyanyikan lagu Aci Aci Buka Pintu oleh P.Ramlee di ruang tamu rumahnya.

Apa yang mencuit hati adalah seorang budak lelaki tanpa baju dilihat rancak menari selepas lagu tersebut dinyanyikan.  Paling menghiburkan, dada budak berkenaan dilihat mempunyai pita pelekat di badannya, menggambarkan tulang rusuknya.

Budak lelaki yang juga dikenali sebagai Nasrul itu dilihat menggelekkan pinggangnya sambil diketawakan oleh abangnya yang tidak dapat menahan ketawa melihat tarian berkenaan. Dalam video itu, dia juga terus menari walaupun 'tulang rusuknya' telah tercabut.

"Mengekek suka abang dia dekat belakang bila tengok reaksi si adik haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.8M views, 134.8K likes dan 2,129 comments di TikTok. 

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua lelaki tersebut dan memberi komen yang mencuit hati mengenainya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via googleapis.com

Random sangat adik tu menari tapi serius tak bosan :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: