seismik

[VIDEO] Dua Pelajar Perempuan Fasih Sebutan Korea & Nyanyi Lagu BLACKPINK Ini Raih Pujian

Persembahan yang sangat mantap!

Cover image via @itsmelaila13 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Music K-Pop kini semakin dikenali ramai dan meningkatkan pengaruhnya di seluruh dunia

Ini menyebabkan ramai yang telah menjadi peminat genre muzik berkenaan sekaligus melakukan banyak aktiviti yang berkaitan dengan pengaruh Hallyu tersebut seperti menari, menyanyi dan sebagainya.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan dua pelajar perempuan menyanyi lagu “Kill This Love” oleh BLACKPINK untuk berlatih telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video perkongsian itu di bawah:

@itsmelaila13 Lagu Melayu& Inggeris dh biasa dengar.. apa kata kita dengar bahasa korea penyanyi ni.. Siapa peminat korea?? ‍‍ #killthislove #preparation4artfest2023 #mia&anis #pelajartingkatan4 #vocalclass #fyp original sound - Laila Nasimin

Nyanyi lagu dengan sedap dan sebutan yang fasih

Menerusi video yang dimuat naik oleh @itsmelaila13 di TikTok, kelihatan dua pelajar perempuan sedang dirakam menyanyikan lagu Korea iaitu “Kill This Love” oleh BLACKPINK di sebuah makmal sekolah.

Dalam video itu, dapat dilihat mereka menyanyi bahagian vokal dan juga rap dengan amat bagus, begitu juga cara sebutan mereka yang kelihatan fasih dan tidak kekok. Dua pelajar tersebut juga dipaparkan selamba menarik lagu berkenaan yang mempunyai bahagian note tinggi.

Difahamkan, mereka adalah pelajar tingkatan empat di Sekolah Seni Malaysia Johor yang menjurus kepada aliran seni.

"The pronunciation really on point. Mungkin Blinks ni" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 2.8M views, 224.1K likes dan 2,167 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut jatuh cinta dengan nyanyian mereka dan kagum dengan sebutan yang sama dengan versi asal. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mantap sangat nyanyian mereka. Semoga terus maju dik! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: