seismik

Tindakan Selamba Aunty Cina Dandan Rambut Anak Wanita Di Supermarket Ini Curi Tumpuan

Rambut anak akak ini cantik sangat kot.

Cover image via @laladove (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum kini hidup dalam keadaan harmoni yang kaya dengan budaya dan adat resam, menjadikannya tarikan kepada para pelancong luar ke Malaysia

Bukan mudah untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum tersebut berikutan pernah berlaku peristiwa hitam namun dengan penganjuran pelbagai aktiviti oleh kerajaan dan juga sifat rakyat Malaysia yang mesra membantu untuk bergaul antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang aunty Cina mendandan rambut anak kepada seorang wanita telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Aunty Cina dandan rambut anak di supermarket

Menerusi video yang dimuat naik oleh @emiemilia91 di TikTok, kelihatan seorang individu merakam seorang aunty Cina yang sedang mendandan rambut anak perempuannya di sebuah supermarket

Aunty berkenaan mengikat tocang rambut ketika anaknya diletakkan di atas troli. Difahamkan, rambut anaknya itu amat lebat dan kerinting menyebabkan aunty tersebut berbuat sedemikian.

Dalam video itu, dapat dilihat suaminya mengangkat anak lelakinya yang turut berada di dalam troli ketika sedang menunggu aunty berkenaan mendandan rambut. 

"Aunty Cina memang suka budak-budak rambut macam ni, anak saya 2 orang perempuan pergi mana-mana mesti mereka tegur haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 688.4K views, 21.8K likes dan 85 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan aunty tersebut dan memberi komen yang mencuit hati mengenainya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lawa sangat rambut adik ni! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: