seismik

Siri Program Popular Terbitan SEISMIK TV, 'Sambung Lagu Itu!' Kini Di TV9

Anda kini boleh menonton siri YouTube popular SEISMIK TV di kaca TV.

Cover image via Tonton via SEISMIK

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Salah satu siri program digital popular terbitan SEISMIK TV iaitu ‘Sambung Lagu Itu!’ (SLI) dari REV Media Group (REV) kini boleh ditonton di saluran TV9!

Program hiburan yang mempunyai kumpulan peminatnya yang tersendiri ini berkonsepkan game show yang memerlukan para peserta meneka dan menyambung cebisan lirik lagu yang tepat selepas lagu dihentikan. 

Siri popular SLI ini bermula sejak tahun 2019 yang pada asalnya dimuat naik di platform YouTube SAYS dan telah beralih ke platform YouTube SEISMIK TV sendiri pada tahun 2020. 

Memasuki tahun kelima penerbitannya, SLI telah menghasilkan lebih 35 edisi yang mempunyai jutaan tontonan antaranya seperti Edisi Lagu Raya, Rock Lejen Dulu-dulu, Anugerah Juara Lagu, Putus Cinta Indo, Balada Popular, dan Nasyid & Ketuhanan.

“Ini pastinya satu kejayaan yang cukup membanggakan buat Seismik TV yang bermula dari platform digital sehingga kini boleh ditonton di kaca televisyen seluruh Malaysia untuk menghiburkan lebih ramai lagi penonton.” - Helmi Yahya, Ketua Editorial Video SAYS & SEISMIK TV

Sambung Lagu Itu! menampilkan barisan bakat dalaman REV sendiri seperti Zaidi Aziz, Nasha Nazari, Razaleigh Zain, Amin Rashidi, Petchmono, Amir Hakim, Amat Larbsib, Aina Mariah, Aishah dan Izzah Hadira. Kesemua mereka ini mampu mencuit hati penonton dengan pendekatan yang santai dan bersahaja.

Tambah menarik, kadangkala SLI juga menampilkan barisan selebriti popular jemputan dan antara yang pernah mengikuti siri edisi SLI ini adalah Aina Abdul, Ernie Zakri, Zizi Kirana, Amir Masdi, Najwa Latif dan Haiza.

"Mereka berharap program SLI ini dapat diterima ramai dan menjadi program hiburan santai bagi seisi rumah di Malaysia sepanjang tujuh minggu bersiaran (7 episod)," tambahnya lagi.

Selain itu, SEISMIK TV juga telah mencapai kejayaan yang membanggakan setelah berjaya meraih 216,000 subscribers di YouTube sejak penubuhannya pada April 2020.

SEISMIK TV juga menawarkan pelbagai kandungan menarik yang lain seperti Millenials Cuba, Seismik Challenge, Seismik Reacts, Mana Bro?, Lagi-lagi Lagu dan banyak lagi.

Mula bersiaran di TV9 sejak 5 Jun lalu, jangan ketinggalan untuk menyaksikan ‘Sambung Lagu Itu!’, setiap hari Isnin, jam 10.30 malam hanya di saluran TV9!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: