seismik

[VIDEO] Bapa Kongsi Cara Pujuk Anak Meragam Bila Nak Ibu Ini Buat Ramai Boleh Relate

Kreatif juga cara ni ya.

Cover image via @ayahmalkayla (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap anak kecil sudah pasti mempunyai banyak ragam

Kebiasaannya, mereka akan sering menangis, merengek dan meronta-ronta jika ingin mendapatkan sesuatu. Antaranya adalah mereka ingin dijaga ibu mereka. Kalau tiada, sudah pasti tidak akan berhenti tangisan itu. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan cara bapa memujuk anaknya yang merengek telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

@ayahmalkayla Setakat ni berkesan jugak la teknik ni. Boleh cuba. No problem. Follow For More Ok. Ragam keluarga kami. hehehe. #ayahmalkayla #pejuangkehidupan #babytiktok #malikminhaj #suamiisteri Laughing - Gianluca Marino

Pakai topeng muka gambar ibu untuk pujuk anak

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ayahmalkayla di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang memeluk anak perempuannya yang merengek dan menangis kerana inginkan ibunya. 

Apa yang menarik perhatian adalah dia dilihat memujuk anaknya dengan memakai topeng yang terdapat wajah isterinya. Hal itu menyebabkan anaknya terus berhenti menangis dan merenung sahaja gambar yang dicetak tersebut. 

"Idea yang baik. Kalau tak mujarat, boleh buat 1 topeng muka ibunya haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 583.2K views, 41K likes dan 1,400 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat teknik itu. Ada juga yang boleh relate dan berkongsi tentang pengalaman sama. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nanti bolehlah para bapa guna cara ni ya! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: