[VIDEO] Lupa Ada Trip Bersama, Rakan Gigih Call Ayah Member Suruh Kejutkan Bangun Tidur
Sopan je rakan dia cakap.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kita semua tahu, perjalanan merentas negeri kini sudah pun dibenarkan
Oleh sebab itu, ramai yang tidak melepaskan peluang ini dengan pergi bercuti di dalam negeri. Iyalah, sudah hampir 2 tahun berkurung di rumah kan.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki terpaksa mengejut rakannya dengan menelefon ayahnya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Susah sangat nak bangun, rakan terpaksa call ayah member suruh kejutkan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi perangai rakannya yang susah untuk bangun dari tidur.
Difahamkan, dia sepatutnya perlu bangun awal kerana pergi bercuti bersama rakan-rakannya. Namun, selepas lelaki itu banyak kali menelefon, rakannya itu masih tidak mengangkat.
Dia kemudian terpaksa menelfon ayah rakannya itu untuk meminta dia mengejutkan anaknya itu kerana terlalu susah untuk bangun.
"Hormatnya cara dia call" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 460.7K views, 62.4K likes dan 598 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: