seismik

[VIDEO] "Menyeramkan" - Budak Kecil Nampak Nenek Lambai Di Luar Tingkap Dapur Curi Tumpuan

Budak kecil memang tak pandai menipu!

Cover image via @mrcreepyposta (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan budak kecil memang akan ada yang hijabnya terbuka

Apabila hijab seseorang terbuka, mereka boleh lihat makhluk ghaib yang tidak boleh dilihat oleh manusia biasa. Pasti kita sering dengar jika budak kecil memang akan ada usia mereka yang hijabnya akan terbuka. 

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak kecil ternampak nenek di tingkap dapur telah mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Tunjuk ke arah luar tingkap sebaik saja ibu tanya mana nenek

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita yang diyakini ibu kepada budak kecil itu merakam aksi anaknya di dapur. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila anaknya tidak berhenti menyebut nenek. Lebih menyeramkan lagi apabila ibunya tanya berkali-kali kepadanya mana nenek, dia menjawab itu sambil menuding jari ke luar tingkap. Ibu itu dengan selamba menyuruh anaknya halau nenek itu.

"Anak aku pun macam gini selalu cakap ada hantu sambil tunjuk-tunjuk, siap describe lagi rupa hantu tu macam mana. Takut!" - Netizen

Sementera itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut rasa seram dengan aksi budak kecil itu. Malah, ramai juga yang berkongsi pengalaman yang sama. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah berjaya 68K views, 1K retweets, 1K likes di Twitter. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Seramnya, kalau min jadi mak dia memang dah bawa anak lari masuk bilik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: