seismik

[VIDEO] Muka Tak Serba Salah, Adik Letak Phone Dekat Mulut Kakak Ini Buat Ramai Cair

Betul-betul menghayati, comel!

Cover image via @noura_cofylite.choclite (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memiliki anak kecil sudah pasti banyak ragamnya yang 'panjang akal'

Mereka inilah yang mampu menceriakan suasana di rumah. Kadang kala perangai mereka membuatkan kita merasa geram. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini apabila seorang budak perempuan dilihat menghayati cerita di telefonnya namun ada kejadian lucu disebaliknya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Kakak tengah tidur, selamba jadikan mulut kakak jadi stand

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan dilihat menonton cerita di telefonnya sambil tersenyum dan tersengih-sengih. 

Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila dia meletakkan telefonnya di mulut kakaknya yang sedang tidur. Perkara itu sangat menghiburkan kerana perangainya yang panjang akal. Pada akhir video, budak itu dilihat juga kecundang mengantuk lalu tidur di atas pelukan kakaknya. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Ingatkan dia tenung je kakak dia. Rupanya kakak jadi tripod" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 120K tontonan, 9K tanda suka dan 400 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat comel budak itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comelnya adik! Sampai berjangkit dah ngantuk tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: