seismik

"Maaf Jika Perlahan" - Wanita Hamil Tampal Notis Di Belakang Baju Ini Raih Perhatian

Auto sebak.

Cover image via @azharkamal2010 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Wanita yang pernah menjadi bumil pasti tahu banyak perkara yang tidak boleh dilakukan akibat kandungan semakin membesar

Perkara itu juga menyebabkan banyak perkara yang sering dilakukan menjadi terbatas. Sebagai contoh, bumil susah nak tunduk dan mengikat tali kasut jika kandungannya semakin besar. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita hamil menampal notis semasa menunggang motosikal telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@azharkamal2010

Semangat ya Bu. Semoga apa yang Ibu kerjakan menjadi barokah keluarga, sehat selalu buat Ibu dan semoga bayi yang di kandungan kelak menjadi anak sholen & sholehah.

Bertahan Terluka - Fabio Asher

Tampal notis di belakang baju sebab tidak boleh menunggang motosikal dengan laju

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita hamil sedang menunggang motosikal di Indonesia untuk menuju ke sesuatu tempat yang tidak dikenal pasti. 

Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila dia menampal notis memohon maaf kerana menunggang motosikal dengan perlahan di belakang bajunya. Hal tersebut disebabkan dia sedang hamil dan perlu lebih berhati-hati di atas jalan raya. 

"Mesti si suami yg buatkan ni. Kasihnya pada isteri" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 627K tontonan, 47K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati. Malah, ramai juga yang memberikan pelbagai reaksi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kuat semangat betul, hati-hati dan semoga dipermudahkan segala urusan kak! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: