seismik

[VIDEO] "My Father, My Hero" - Rupa-Rupanya Ini Pekerjaan Sebenar Ayah Mek Yun. Respect!

Mek Yun fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan dialek Kelantan.

Cover image via @_yuyunz_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee, gadis Cina fasih berbahasa Melayu menjadi trending sejak akhir-akhir ini

Gadis cantik berusia 24 tahun ini menarik perhatian warga maya terutama pengguna TikTok kerana kefasihan bertutur dalam bahasa Melayu dan dialek Kelantan.

Ketika ini Mek Yun yang juga puteri bongsu daripada empat beradik itu mempunyai 387.1K followers di TikTok dengan meraih 3.4M likes selain 145K followers di Instagram.

Walau bagaimanapun, ramai yang tahu keluarga gadis ini menggunakan bahasa Melayu sebagai pertuturan di rumah, tetapi ramai yang tertanya-tanya serta ingin tahu latar belakang keluarga Mek Yun.

Tonton video penuh yang dikongsikan oleh Mek Yun di bawah:

Rupa-rupanya Mek Yun adalah anak kepada bekas Panglima Artileri Roket, Brig Jen Datuk Wee Han Siew

Beliau juga adalah bekas Timbalan Komander Rejimen 506 Askar Wataniah, Kem Pengkalan Chepa, Kelantan semasa berpangkat Leftenan Kolonel.

Bapanya ketika berkhidmat di dalam tentera juga dikenali sebagai pegawai kanan yang tegas tetapi mudah mesra serta bertoleransi dengan pegawai serta anggota bawahan.

Seperti Mek Yun, Han Siew juga fasih berbahasa Melayu selain dialek Kelantan, jadi tidak hairanlah mengapa ahli keluarganya juga fasih bertutur dalam dialek tempatan.

"Macam Tengok Dokumentari Majalah 3" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen video pula mendapati, rata-rata pengikutnya di TikTok meluahkan rasa terharu dan berbangga dengan pekerjaan ayah Mek Yun.

Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan macam tengok video dokumentari Majalah 3 pula Mek Yun explain dan mereka turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada ayah Mek Yun kerana telah berkhidmat dalam tentera selama 41 tahun untuk negara.

Ketika artikel ini ditulis video yang dimuat naik oleh Mek Yun itu sudah pun meraih lebih 2.8M views363.7K likes dan 8627 comments di TikTok.

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen:

Hebatlah ayah Mek Yun, tak sangka betul ayah dia bekas Panglima Artileri Roket. Semoga menjadi inspirasi kepada semua anak-anak muda!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: