seismik

[VIDEO] Wanita Ini Kongsi Momen 'Diganggu' Pengimbas Suhu Sampai Balik Sakit Badan. Seram!

Benda tu pun tahu follow SOP.

Cover image via @emy_shafiq00 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tular baru-baru ini, seorang wanita berkongsi sebuah video, dirinya diganggu oleh 'makhluk halus' di tempat kerja

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, @emy_shafiq00, dapat dilihat sebuah alat pengimbas suhu di kedai tempatnya bekerja itu berbunyi sendiri seperti merekodkan suhu seseorang.

Walau bagaimanapun, yang menjadi persoalannya ketika itu tiada seorang pun berada di situ untuk mengimbas suhu. Namun, alat pengimbas suhu itu merekodkan suhu 32.2 darjah celsius ketika ianya berbunyi.

Tonton video penuh berkenaan di bawah: 

@emy_shafiq00

Kejadian selepas asar tu cara dia main barang, belum dia ketuk meja lagi selalu ketuk meja dekat CK jaa ##fyp ##fyp ##seram

original sound -

Kejadian itu berlaku selepas Asar ketika dia tinggal seorang diri di kedai berkenaan

Menurut wanita itu lagi, kebetulan ketika itu dia tinggal seorang diri di kedai kerana rakan sekerjanya pergi berehat.

Tiba-tiba terdetik dalam hatinya dia terasa takut kerana tinggal seorang diri di kedai, ketika itulah dirinya diganggu oleh 'bunyi' yang datang dari alat pengimbas suhu itu.

Berikut di bawah adalah video penjelasan daripada wanita tersebut:

@emy_shafiq00

Reply to @lalazainol berkait semua benda ##seram ##fyp ##fyp ##fypdongggggggg

original sound -

"Weh.. suhu dia 32.2 bukan suhu normal manusia" - Netizen

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mengenai video itu, ada juga yang berkongsikan pengalaman sama tetapi 'diganggu' dengan cara yang lain.

Selain itu, ada juga juga yang sempat berseloroh mengatakan 'benda' itu pun tahu follow prosedur operasi standard (SOP), inikan pula rakyat Malaysia.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudah pun meraih lebih 568K views, 52.7K likes dan 1.4K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik netizen mengenai video berkenaan:

Fuh! seram sejuk plak rasanya lepas tengok video ni, korang pernah alami pengalaman yang sama tak?

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: