Gadis Ini Kongsi Momen 'Borak' Atas Motor Dengan Ayah, Tapi Ramai Pula Yang Dapat Relate
Alamak, betul sangat ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi yang pernah menaiki motosikal sebagai pembonceng, mesti akan faham dengan situasi yang penulis akan kongsikan di dalam artikel kali ini
Mana tidaknya, baru-baru ini seorang gadis berkongsikan momennya sebagai pemboceng motosikal yang membuatkan ramai yang dapat relate dengan situasi yang dihadapinya itu.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @faramedyna di laman sosial miliknya di TikTok, kelihatan gadis itu sedang duduk di tempat duduk belakang lengkap bertopi keledar.
Dia dilihat menaiki motosikal bersama-sama dengan bapanya. Tapi apa yang cuba disampaikan oleh gadis itu adalah bapanya yang mengajak bersembang dengan dirinya.
Walau bagaimanapun, tiada apa yang dapat didengar oleh si anak kerana angin yang begitu kuat ketika itu.
Berikut di bawah adalah video penuh yang dimuat naik oleh gadis itu:
"Bukan setakat dengan ayah, dengan siapa-siapa pun pun mesti akan macam tu..." - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjaun di ruangan komen, rata-rata netizen sepertinya dapat relate dengan situasi yang ditunjukkan oleh gadis itu.
Malah, mereka juga turut mengakui melalui pengalaman yang sama dan bagi siapa yang pernah menaiki motosikal dan menjadi pembonceng pasti akan merasai situasi berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video perkongsian oleh gadis itu sudah pun meraih lebih 119K views, 19.5K likes dan 400 comments di TikTok.
Berikut di bawah antara komen menarik yang ditinggalkan oleh netizen mengenai video itu: