[VIDEO] Bomba Berjaya Selamatkan Wanita Ini Daripada Cubaan Bunuh Diri Di Bumbung Jejantas
Wanita itu juga turut memegang sebilah pisau dan meletakkannya di leher.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seorang wanita berjaya diselamatkan daripada cubaan bunuh diri dalam kejadian di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur pagi tadi
Dalam kejadian jam 8.57 pagi, wanita berusia 39 tahun itu dilihat berdiri di atas bumbung jejantas stesen monorail pada ketinggian 9.1 meter.
Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Wan Hamizan Kamaruddin berkata, wanita tersebut yang merupakan warganegara tempatan turut memegang sebilah pisau dan meletakkannya di leher bagi menghalang pasukan penyelamat menghampirinya.
"Hasil tindakan pantas anggota bomba berjaya menangkap mangsa pada jam 9.28 pagi dengan selamat," katanya.
Berikut di bawah adalah video penuh mengenai kejadian cubaan bunuh diri itu:
Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur juga turut memaklumkan, seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Pudu terlibat dalam operasi menyelamat berkenaan.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang dialami oleh wanita itu dan berharap semoga segala urusannya dipermudahkan selepas ini.
Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di Facebook mengenai kejadian itu:
Semoga apa jua masalah dihadapi kakak ini dapat diselesaikan dengan cara baik selepas ini. Doakan yang baik-baik ya guys.