seismik

Lelaki Gila Seks Ini Berjaya 'Ditangkap' Ketika Sibuk Rakam Video Wanita Di Pasar Raya

Difahamkan telefon milik lelaki itu dipenuhi 'video' wanita yang menjadi mangsanya.

Cover image via Mohamad Nizam (Facebook)

Gila seks. Itu gelaran layak diberikan kepada seorang lelaki yang berjaya ditangkap oleh pasangan suami isteri di dalam sebuah pasar raya di Kedah

Menerusi sumber, ketika kejadian itu berlaku Mohamad Nizam bersama-sama isteri dan anaknya sedang membeli-belah di pasar raya berkenaan.

Ketika sibuk melayan anaknya yang mahu membeli coklat, tiba-tiba isterinya datang membisikkan sesuatu kepada telinganya dan memberitahu ada seorang lelaki berbaju hijau nampak pelik dan memegang telefon dekat dengan punggung salah seorang wanita.

Tanpa berfikir panjang, Mohamad Nizam dan isterinya cuba menyiasat dan mengekori lelaki itu untuk mengetahui apa lagi yang cuba dilakukannya, sangkaan pasangan suami isteri itu tepat lelaki itu dilihat cuba merakam video seorang lagi wanita.

Berikut di bawah perkongsian penuh Mohamad Nizam mengenai kejadian itu:

Lantaran itu, Mohamad Nizam terus menghentikan perbuatan tidak senonoh lelaki itu dan menangkapnya ketika cuba merakam video punggung seorang wanita

Lebih mengejutkan lagi ketika isterinya merampas telefon lelaki itu ianya dipenuhi 'video' wanita yang menjadi mangsa rakamannya.

Tanpa membuang masa, pasangan suami isteri itu terus memanggil pihak pengurusan pasar raya dan menelefon pihak polis.

Katanya, dia juga terpaksa ke balai polis untuk memberi kenyataan dalam laporan kerana berjaya menolong menangkap lelaki itu.

Dia juga turut menasihatkan para wanita di luar sana untuk tolong menjaga aurat pemakaian masing-masing kerana lelaki yang ditangkapnya itu mungkin mempunyai group dan menjual video dirakamnya kepada orang lain.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat dijadikan penganjaran untuk kita semua.

Hati-hati guys, orang psyco gila seks ini ramai di luar sana!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: