seismik

Lelaki Ini Akhirnya Terima Kereta 'Proton X50' Yang Dibeli Pada Harga RM1 Di Shopee. Wow!

Dia terpilih sebagai ‘pembeli’ bertuah pada jualan #ShopeeOneOrNot pada November tahun lalu.

Cover image via M Riduan (Facebook)

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Itulah perumpamaan tepat rezeki M Riduan ketika menerima kereta Proton X50 yang dibelinya pada harga RM1 di Shopee.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook miliknya, M Riduan memberitahu dia berjaya membeli model kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu Proton, X50 dengan harga RM1 menerusi Shopee pada November tahun lepas.

Dalam pada itu dia turut bersyukur kerana telah terpilih menjadi pembeli bertuah pada jualan #ShopeeOneOrNot sebelum berjaya menebusnya baru-baru ini.

Katanya lagi, pihak Shopee ingin memberikan kenderaan berkenaan dengan warna oren atau jingga akan tetapi akibat kekangan, mereka menukarnya kepada warna merah berikutan proses menunggu yang akan mengambil masa lebih lama.

Berikut di bawah adalah posting penuh yang dimuat naiknya:

"Alhamdulillah dengan hasil pembelian dengan hanya RM1, akhirnya kereta ini jadi milik saya" - M Riduan

Menurut M Riduan lagi, berkat dihina, berkat dikhianati, berkat ditipu, berkat ditinggalkan, berkat difitnah, berkat daripada ujian yang menimpa, dan berkat dari menjaga ibunya yang sakit dia bersyukur dengan rezeki yang diterimanya itu.

"InsyaAllah berkat mengharungi ujian-ujian Allah pada tahun yang makin mencabar, tahun ini terlalu banyak yang aku korbankan, demi perasaan dan hati org lain, alhamdulillah aku diberi peluang untuk merasa sedikit debu-debu nikmat di dunia dengan bimbingnan rasa bersyukur.

"Terima kasih #x50 #shopee #shopeeoneornot #shopewinner #shopeemalaysia kerana memberi saya peluang untuk memenangi sebuah kereta Proton X50,

"Kemenangan ini juga adalah suatu bentuk 'ketulusan' dalam niaga dari pihak Shopee yang menunjukkan tiada istilah 'pilih bulu' dan tidak scam customer yang berurusan dengannya. Terima kasih," katanya.

Tahniah bro! Rezeki memang tak pernah salah alamat dan bukan senang nak dapat cabutan bertuah macam ni :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: