seismik

[VIDEO] Nasi Kuning Oppa Dijual Pemuda Ini 'Laku Keras' Kerana Wajahnya Mirip Lee Min Ho

Masih single dan available.

Cover image via @anggaandrian23 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa je yang tak kenal dengan pelakon kacak, Lee Min Ho terutama dalam kalangan peminat drama Korea?

Image via GIPHY

Malah, ramai peminat wanita yang tergila-gilakan Lee Min Ho dan tak kurang juga yang mahu menjadi kekasih kepada pelakon kacak itu.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular seorang pemuda Indonesia viral sehinggakan nasi kuning yang dijualnya di gerai tepi jalan habis dijual.

Menurut pemuda yang dikenali sebagai Doddy Angga Andrianto itu, gerai nasi kuning milik ibu bapanya yang terletak di Jalan Lambung Mangkurat, Samarinda itu kini penuh dengan pelanggan, dan rata-ratanya kebanyakan mereka adalah golongan wanita.

Berbeza dengan suasana dahulu yang kebiasaannya sepi dan sunyi daripada kunjungan pelanggan. Tambahnya lagi, kini dia berupaya menghabiskan jualan nasi kuningnya itu dalam tempoh satu jam iaitu bersamaan dengan 15 kilogram beras sekali masak.

Akibat viral di media sosial, ada juga pelanggan yang cuba menggodanya

“Ada yang membelai tangan saya, mengajak saya teman berjalan-jalan, namun saya masih profesional menjual nasi kuning,” ujar pemuda berusia 28 tahun itu.

Jelas Doddy lagi, dia menganggap rezeki yang diterimanya sekarang sebagai cara untuk membahagiakan ibu bapanya.

Berlatar belakangkan keluarga yang sederhana, terang pemuda yang berusia 28 tahun itu, kedua-dua ibu bapanya juga merupakan penjual nasi kuning.

Apa yang dilakukannya sekarang adalah sebagai usaha untuk meneruskan legasi neneknya yang memulakan perniagaan tersebut dalam keluarga mereka.

Selain membantu ibu bapanya di gerai, Doddy juga kini aktif menumpukan perhatian dalam menjadi atlet bina badan

“Pekerjaan lain, saya juga sering menyertai pertandingan bina badan,” katanya.

Jelas Doddy lagi, pada 2011, dia melanjutkan pelajarannya di peringkat universiti di salah satu universiti di Indonesia.

Biarpun sibuk dengan kuliah pada ketika itu, dia tidak pernah terlepas untuk menolong ibu bapanya di gerai, dan antaranya termasuklah dengan melayani pelanggan dan mencuci pinggan.

Pada 2019, dia mula bekerja di bahagian khidmat pelanggan untuk satu ejen pelancongan tempat, namun kontraknya tidak dilanjutkan setahun kemudian, menyebabkan Doddy kembali menolong ibunya menjual nasi kuning sementara mencuba nasib dalam bidang pekerjaan lain.

Cubaan demi cubaan, Doddy akhirnya menerima panggilan daripada salah satu syarikat telekomunikasi, tetapi kali ini dia menolak kerana tidak sanggup melihat ibu bapanya bersendirian bersusah-payah menjual nasi kuning.

Akhirnya, sehingga kini, Doddy dan dua orang adiknya menolong ibu mereka menjual nasi kuning, sementara ayahnya pula bertugas membeli bahan makanan sebelum memasak.



LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: