Para Peminat Luah Rasa Sedih 'Lee Kwang Soo' Akhirnya Sah Tinggalkan Running Man
Bakal membuat rakaman terakhirnya pada 24 Mei ini.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Siapa je yang tak pernah dengar mengenai Running Man bukan? Sebuah rancangan hiburan dari Korea Selatan yang bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi juga seluruh dunia
Rancangan Running Man yang bertemakan permainan ini menjadi rancangan kegemaran ramai sehingga mempunyai rating tontonan yang tinggi.
Disebabkan itulah Running Man masih lagi relevan dan mendapat tempat di hati peminat meskipun ianya telah bersiaran sejak tahun 2010 lagi.
Begitupun, berita terbaru daripada agensi Lee Kwang Soo, King Kong by Starship dalam satu kenyataan rasmi telah mengesahkan khabar angin bahawa bintangnya, Lee Kwang Soo bakal meninggalkan Running Man selepas 11 tahun berada dalam rancangan tersebut dan 24 Mei adalah tarikh rakaman terakhirnya.
Keputusan tersebut dilakukan kerana Lee Kwang Soo yang terlibat kemalangan kereta pada tahun lalu
Lee Kwang Soo kini kerap menerima terapi fizikal dan sukar untuk mengekalkan keadaan fizikal terbaik ketika rakaman Running Man.
Tidak mudah untuk membuat keputusan ini, setelah berbincang lama dengan ahli Running Man, pihak produksi dan juga pihak agensi, maka beliau terpaksa akur untuk menunjukkan imej yang terbaik kepada para penonton kelak.
Pihak agensi turut mengucapkan terima kasih atas sokongan para peminat kepada Lee Kwang Soo selama ini.
Nama Lee Kwang Soo dan Running Man kini trending di Twitter dan para peminat meluahkan sokongan kepada dirinya
Berita ini cukup mengejutkan para peminat di seluruh dunia dan rata-rata peminat Lee Kwang Soo berasa sedih serta masih tidak dapat menerima kenyataan berkenaan.
Malah, ada juga para peminat yang menerima keputusan Lee Kwang Soo untuk meninggalkan Running Man kerana bimbangkan kesihatan beliau dan berharap dirinya akan segera pulih.
Berikut di bawah antara komen menarik daripada para peminat mereka di Twitter: