[VIDEO] Nyanyian Negaraku Siti Nurhaliza Di MotoGP Sepang Buat Ramai Terpegun
Sedap juga Negaraku versi Tokti ni!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Persembahan upacara pembukaan perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menyaksikan Dato' Sri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Negaraku telah mendapat perhatian ramai
Persembahan penyanyi itu telah tular di media sosial menyaksikan orang ramai terpegun dengan nyanyiannya juga mendapat tepukan gemuruh daripada pengunjung yang hadir ke litar Sepang pada waktu itu.
"Menyanyikan lagu Negaraku di hadapan orang ramai di Sepang terasa begitu berbeza apabila anda tahu bahawa dia telah melakukan perkara ini selama berdekad-dekad.
"Pada tahap ini, beliau ibarat melambangkan Malaysia sendiri," kata @ChloeDawnel di X.
Ada juga yang berseloroh biduanita itu seperti sedang membuat persembahan di pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL).
"Omgggg, nyanyi Lagu Negaraku macam tengah nyanyi kat AJL!" ujar @MeInsanKerdil.
View on Threads
Dedah terima tawaran untuk menyanyikan lagu Negaraku pada acara tersebut pada saat akhir
Menerusi laporan Berita Harian, tawaran itu diterimanya kira-kira sehari sebelum acara berlangsung, memerlukan beliau bersiap sedia dalam tempoh yang singkat.
"Memang ini agak saat akhir sebenarnya saya ditawarkan untuk menyanyikan lagu Negaraku. Pihak Sepang maklumkan kepada saya sehari sebelum acara, ada protokol sebenarnya.
"Kalau Tuanku Agong (Yang di-Pertuan Agong) berangkat, memang Negaraku tak perlu ada penyanyi. Jadi, bila Tuanku Agong tidak berangkat, Negaraku kena ada penyanyi.
"Mereka pun fikir, 'Nak cari siapa?' Mereka cerita kepada saya dan kata, 'Cuba tanya Siti Nurhaliza.' Saya memang kebetulan pergi menonton bersama suami, jadi mereka pun bertanyalah," katanya.
Akui tidak boleh lakukan banyak perubahan dari aspek susunan muzik
Menurut Siti, beliau sempat membuat persediaan dengan mendengar rakaman latihan yang diberikan kumpulan muzik terbabit bagi memastikan susunan lagu dan kemasukan vokalnya tepat.
"Kalau apa-apa susunan muzik, saya mesti tahu bila nak masuk dan bila nak habis. Saya rasa artis lain pun boleh buat juga.
"Cuma, macam mana kita nak membawa lagu Negaraku itu, kita tak boleh berlebihan. Memang dalam kepala saya, saya tak boleh nak ubah banyak kerana nanti orang kata tak hormat pula.
"Itu saya naikkan bahagian hujung sahaja supaya nampak kita semangat dan berkobar," katanya.
Lihat upacara pembukaan penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


