[VIDEO] Pasangan Muda Tengking, Tolak Lelaki Tua Di Medan Selera Sebab Tak Nak Kongsi Meja
Hanya kerana sebuah meja.
Satu lagi video telah viral sejak semalam menunjukkan seorang lelaki tua ditengking dan ditolak oleh sebuah pasangan muda di medan selera
Video ini telah dimuatnaikkan oleh The Local Society di laman Facebook pada Ahad lepas. Setakat ini, ia telah mendapat tontonan sebanyak 2.7 juta dan dikongsikan sebanyak 40 ribu kali oleh netizen.
Difahamkan, insiden pergaduhan ini berlaku di Medan Selera Toa Payoh Lorong 8 di Singapura
Pada permulaan klip ini, seorang wanita dilihat sedang menjerit pada seorang lelaki tua yang dikatakan mahu mengambil mejanya.
Ketika insiden ini berlaku, keadaan medan selera tersebut agak sesak dan tidak banyak meja yang kosong.
Lelaki tua itu difahamkan sedang mencari meja kosong untuk beliau menjamu selera. Kemudian beliau ternampak sebuah meja kosong dan bertanyakan kepada wanita itu berapa ramai orang yang duduk di meja itu.
Namun, wanita terbabit terus menjerit dan memarahinya agar pergi dari meja itu dan tidak mahu lelaki tua tersebut mengambil meja yang sudah ditempah olehnya.
“Eh kau ni tak reti bahasa ke?“, tengking wanita itu kepada lelaki tua berkenaan
Lelaki tua itu menjelaskan dengan tenang bahawa meja di situ adalah hak milik awam dan beliau juga ingin berkongsi meja bersama pasangan itu. Beliau berkali-kali berkata beliau hanya memerlukan satu kerusi sahaja.
Tidak lama selepas itu, seorang lelaki muda tiba-tiba datang dan menolak lelaki tua itu dengan kasar dari belakang. Wanita itu menjerit dengan nada yang menjengkelkan dan berkata, “Tak nampak ke ada tulis reserved di atas meja ini? Memang tak reti bahasa ke masih nak kacau hak milik orang lain?”
Mujur selepas itu datang seorang lelaki berbaju hitam yang dikatakan duduk di sebelah meja itu dan menawarkan tempat duduk kepada beliau.
Ramai orang tidak berpuas hati dengan aksi kedua-dua pasangan muda itu. Berikut adalah komen dari netizen: