seismik

[VIDEO] Peguam Beri Nasihat & Pesanan Buat Semua Para Bapa Tentang Nafkah Untuk Anak

Ramai yang ambil ringan tentang nafkah ini sebenarnya.

Cover image via Keluarga & @whitv3malaysia_official (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap lelaki yang bergelar suami dan juga bapa perlu tahu akan tanggungjawab mereka kepada isteri serta anak-anak

Tidak dinafikan, ada segelintir kaum lelaki yang sudah bergelar bapa tetapi masih mengambil ringan tentang nafkah buat keluarga ini.

Baru-baru ini, seorang peguam yang dijemput ke Wanita Hari Ini telah memberikan sedikit nasihat dan pesanan deep kepada semua lelaki yang bergelar bapa di luar sana.

Kalau tak dapat didik anak dari sudut agama dengan betul, sekurang-kurangnya jagalah makan, minum, pakaian dan tempat tinggal mereka

Menerusi video berdurasi 1 minit itu, peguam berkenaan berkata walau apa pun yang berlaku di antara suami dan isteri, tanggungjawab terhadap anak-anak haruslah tetap dilakukan seperti biasa.

"Apa juga yang berlaku, Allah tu tetap ada dan setiap perbuatan kamu akan dipersoalkan di akhirat kelak.

"Tanggungjawab untuk nafkah ni sangat tinggi dan saya pesan kepada tuan-tuan di luar sana. Kamu jadi je seorang bapa, bukan senang-senang je tinggalkan anak dan lupakan anak tersebut.

"Tempat tinggal, makan minum, pakaian, perubatan dan paling utama kenapa kita dapat kewalian seorang bapa ni adalah untuk mendidik anak-anak," katanya.

Lihat video penuh di bawah:

@whitv3malaysia_official

Deep betul pesanan dari Tuan Hafiz lawyer ni! Yg dekat luar sana tolong dengar & hadam dengan teliti #whitv3 #fyp #tv3malaysia #fyp #bapa #nafkah #cerai

Ayah - Seventeen

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: