seismik

[VIDEO] Pemandu BMW Tumbuk Pekerja ‘Carwash’ Sampai Mati Kerana Lambat Cuci Kereta

Difahamkan lelaki itu berang dan menumbuk pekerja tersebut.

Cover image via Daily Mail

Memetik laporan Daily Mail, seorang pemandu kereta jenis BMW telah menumbuk dua pekerja premis cuci kereta dan salah seorang mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian

Image via Daily Mail

Kelakuan lelaki terbabit telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan suspek menumbuk dua pekerja tersebut yang didakwa mengantuk dan lambat mencuci keretanya.

Kejadian tersebut belaku di Stupino, Moscow menunjukkan beliau terjatuh dan kepalanya terhentak ke lantai selepas ditumbuk oleh suspek.

Image via Daily Mail

Mangsa dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan koma. Namun tidak lama kemudian, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Image via Daily Mail

Mangsa kedua juga cedera, tetapi tidak mengalami kecederaan yang kritikal. Suspek yang tidak dinamakan itu kemudian ditahan selepas kejadian. Suspek mengaku melakukan jenayah itu dalam sebuah video yang disiarkan oleh pihak polis. Jika didapati bersalah, beliau akan dipenjara selama lapan tahun kerana menyerang mangsa sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Image via Daily Mail

Berdasarkan video pengakuan suspek, suspek juga mengaku pernah dipenjara sebelum ini atas kesalahan pecah rumah secara berkumpulan

Image via Daily Mail
Image via Daily Mail

Tonton video penuh di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Left group WhatsApp pun sampai nak membunuh? Pelik betul!

Sampai deactivate akaun mamat ni bila terima respon dari Amalina Che Bakri!

You may be interested in: