Buat Apa Harini, Tengok Porno Ke? - Dikecam Di Twitter, Ini Respon Sinis Amalina Che Bakri
Sampai deactivate akaun mamat ni!
Masihkah anda ingat lagi bekas pelajar cemerlang SPM 2004, Nur Amalina Che Bakri yang kini sedang mengukir kariernya di London sebagai doktor pakar bedah?
Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter apabila terdapat seorang pengguna laman tersebut cuba mengecam Amalina selepas beliau memuat naik status mengenai cara penjagaan rambut pada akaun Twitter miliknya.
Status yang dimuat naiknya itu telah mendapat lebih 500 retweets dan 1000 likes
Beliau pada mulanya hanya berkongsi tips penjagaan rambut yang diamalkannya untuk mengekalkan rambut yang sihat.
Amalina kelihatan seringkali berkongsi tips dari pelajaran, pekerjaan sampai tips penjagaan diri bersama pengikutnya.
Namun, tanpa diduga perkongsiannya kali ini telah mendapat reaksi negatif daripada seorang pengguna laman sosial berkenaan.
"Rugi-rugi, belajar jauh-jauh jadi macam ini," sindir beliau kepada Amalina yang sedang berkongsi tips penjagaan rambut
Namun, dengan bersahaja Amalina, yang kini sedang menjalani latihan surgikal di The Royal College of Surgeons of England telah membalas sindiran tersebut dengan menulis:
"Oh yeke? Rugi ke? On my night shift today, I operated on 2 people, 1 almost died and 1 almost lost his leg. What did you do today? Watching porn?"
Lelaki tersebut akhirnya meminta maaf dan menggunakan alasan tersalah post sebelum deactivate akaun Twitter miliknya itu. Inilah yang dikatakan dah lempar batu sembunyi tangan.
Dalam masa yang sama jawapan balas Amalina itu telah mendapat banyak sokongan dari netizen.
Bila dah viral, mula lah episod netizen menjalankan tugas sebagai "detektif" di media sosial
Netizen mendapati bahawa lelaki tersebut telah meninggalkan komen pada seorang bintang porno.
Err... what???
Selepas kejadian itu, lelaki itu terus deactivate akaun Twitternya.