seismik

[VIDEO] Peniaga Letak Banyak Susu Pekat Dalam Minuman Balang Ini Buat Netizen Cuak Tengok

Banyak betul tin susu pekat manis dalam minuman tu ya.

Cover image via @surishaha89

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik

Selain daripada berlumba-lumba mengerjakan ibadah, pasti ramai juga yang terbayang bazar Ramadan dan teruja menanti pembukaan bazar untuk membeli pelbagai juadah berbuka

Apatah lagi terdapat juga minuman pelbagai jenis perisa air yang menyelerakan dan menggoda sehingga mampu membuat semua rambang mata untuk memilihnya.

Baru-baru ini tular dalam sebuah video, apabila keadaan di sebuah bazar Ramadan yang dirakam telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Minuman balang dipenuhi tin susu pekat manis

Menerusi video yang dimuat naik oleh @surishaha89, kelihatan pemilik dan pekerja di sebuah gerai di bazar Ramadan yang sedang menyediakan minuman air balang untuk juadah berbuka.  

Dalam video berkenaan dapat dilihat, mereka sedang menambah susu pekat manis dalam kuantiti yang banyak dan meletakkan tin tersebut ke dalam air balang berkenaan.

Bazar Coo Bee’s di Pasar Malam Seksyen 16, Bandar Baru Bangi itu menyediakan variasi jenis perisa minuman untuk pelanggan.

Dalam video itu, ia memaparkan sebanyak enam atau tujuh tin susu telah ditambah dan dimasukkan dalam balang minuman.

“Elok-elok sihat walafiat malam raya kaki sebelah hilang” - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 516.5K views, 25K likes dan 996 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut dan takut akan kesan kepada kesihatan masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen netizen di TikTok:

Image via @surishaha89
Image via @surishaha89
Image via @surishaha89
Image via @surishaha89

Min pun terliur tapi macam manis pula, macam mana ni?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: