seismik

[VIDEO] 'Prank' Isteri Konon Nak Nikah Lagi Satu, Reaksi Wanita Ini Memang Tak Disangka...

Sabar betul isteri dia.

Cover image via Shafiran Azran Production/ Facebook

Tidak ada mana-mana wanita di dunia ini yang suka dan rela untuk dimadukan

Gambar adalah sekadar hiasan

Image via Ohbulan

Ia mungkin menjadi suatu perkara yang menakutkan buat kebanyakan isteri jika suami secara tiba-tiba menyatakan hasrat untuk bernikah lagi bersama wanita lain.

Ini kerana bagi kaum wanita, berkongsi kasih bersama wanita lain adalah sesuatu perkara yang menyedihkan dan sukar untuk diterima dengan hati yang terbuka.

Seperti sebuah video yang viral di laman Facebook hari ini, seorang isteri telah menerima 'kejutan' daripada suaminya apabila secara tiba-tiba menyatakan hasrat untuk berkahwin satu lagi

Menerusi video berdurasi 6:16 saat yang dikongsikan pengguna Facebook bernama Shafiran Azran Production ini, dia dilihat 'berbincang' dengan isterinya di dalam sebuah kereta, sambil ditemani anak yang masih kecil.

Prank farahaz nak nikah lain tengok sampai habis,agak agak farah terima ke tak?

Posted by Shafiran Azran Production on Tuesday, February 11, 2020

Dalam perbualan itu, si suami secara tiba-tiba meluahkan perasaannya sambil memberitahu kepada isteri bahawa dia sedang mengenali seorang wanita menerusi aplikasi WhatsApp.

"B ada kenal dengan seorang perempuan ni, dia ajak B nikah."

"B kenal dia dalam WhatsApp. Ermm.. tak tahu datang mana nombor tu, B bagitahu dekat sayang ye," kata lelaki itu kepada isterinya.

Selepas menerima perkhabaran itu, wanita tersebut dilihat hanya mendiamkan diri sambil mengalirkan air mata.

Namun tanpa disangka, ia sebenarnya adalah palsu dan hanyalah sebuah prank yang dilakukan oleh suaminya.

Sejak artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat sebanyak 3 ribu perkongsian di Facebook.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen memuji sikap yang ditonjolkan wanita tersebut kerana tidak cepat 'melatah' dan begitu tenang mendengar berita yang baru disampaikan suaminya itu

Nasib prank sahaja. Kalau betul-betul, mesti tak dapat nak bayangkan perasaan wanita itu.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lebih banyak di SAYS:

You may be interested in: